YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) di Wisma Bandaraya. Dalam kunjungann tersebut, beliau turut diberikan taklimat berkaitan peranan, hala tuju serta inisiatif semasa KWKKR oleh YBhg. Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap KWKKR Sabah.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, YBhg. Datuk Dr. Ahemad bin Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) serta para pegawai yang mengiringi rombongan.