Lawatan Kerja YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan. YB Datuk Julita Majungki telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan bagi meninjau kemudahan, perkhidmatan serta operasi klinik dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada ibu dan anak berada pada tahap yang terbaik. Lawatan ini turut memberi ruang kepada beliau untuk berinteraksi dengan pihak pengurusan, petugas kesihatan serta mendapatkan maklum balas berhubung keperluan dan cabaran yang dihadapi dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.