YB Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR), Datuk Julita Majungki telah mempengerusikan sesi pembentangan Kajian Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah 2023-2032. Pelan ini telah dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Puan Hajah Haslina Ismail. Hadir bersama adalah Setiausaha Tetap KWKKR, Datuk Maria Chong dan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) Datuk Dr. Hajah Rosmawati Haji Lasuki. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan KWKKR.