Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) telah menganjurkan Program Sabah Sihat 2.0, yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat. Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membudayakan gaya hidup sihat serta menggalakkan masyarakat mengamalkan aktiviti fizikal sebagai aktiviti harian ke arah meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Melalui pelbagai aktiviti yang disediakan, program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk beriadah dan bersukan, malah menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan, serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup aktif dalam melahirkan masyarakat yang lebih sihat, cergas dan sejahtera.
Bersama kita menjadikan gaya hidup sihat sebagai budaya demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Sabah.
#SabahSihat2.0
#KitaFitKitaCergas