YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, telah menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.
Kunjungan tersebut turut diiringi oleh YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat serta YBhg. Datuk Maria Chong , Setiausaha Tetap . Dalam pertemuan tersebut, agenda utama adalah penyerahan sumbangan daripada pihak KPWKM kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan sebagai usaha meringankan beban penduduk yang terjejas.