Lawatan kerja Yang Berhormat Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki ke Klinik Kesihatan Tangkarason, Paitan yang turut disertai oleh YBhg. Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap, Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dan pegawai-pegawai kanan kementerian.
Turut hadir bersama adalah Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah berserta rombongan. Yang Berhormat Menteri turut meninjau PSS Tangkarason, kuarters dan Pusat Operasi Sementara Klinik Tangkarason di Homestay Hanna Bella. Pada majlis ini Yang Berhormat telah menyampaikan sumbangan kementerian iaitu bantuan peralatan dan rawatan di Klinik Kesihatan Tangkarason kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).