Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Bil. 1/2026 dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Julita Mojungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR). Turut hadir Yang Berhormat Pembantu Menteri Datuk Rina Jainal, YBhg. Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar & Pengurusan), Timbalan Setiausaha Tetap (Program & Pembangunan) dan ketua-ketua jabatan/agensi berkaitan.