Sesi kunjungan hormat Yang Berhormat Datuk Julita Mojungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato' Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri bertempat Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran , Parlimen Malaysia. Turut hadir bersama adalah YBhg. Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap KWKKR dan juga pegawai-pegawai kanan kementerian serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah, Puan Hajah Haslina Ismail. Objektif kunjungan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara kedua-dua Kementerian.