Sesi Kunjungan Hormat Datuk Julita Mojungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap KWKKR dan juga pegawai-pegawai kanan kementerian. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan membincangkan perkara-perkara berkaitan pemerkasaan hak-hak pengguna di Negeri Sabah.