Sesi Kunjungan Hormat Datuk Julita Mojungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat ke Kementerian Kesihatan Malaysia pada 26 Januari 2026 yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap KWKKR dan juga pegawai-pegawai kanan kementerian. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama serta bertukar pandangan berkaitan kesihatan demi memperkukuhkan agenda kesihatan di Negeri Sabah.