Sesi Kunjungan Hormat Datuk Julita Mojungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat ke Kementerian Perpaduan Negara pada 26 Januari 2026 yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap KWKKR dan juga pegawai-pegawai kanan kementerian. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan penyerahan pelantikan YB Menteri sebagai Ahli jawatankuasa MExUnity.