Lawatan YB Datuk Julita Mojungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Kebudayaan Kg. Ponontomon, Tenom bersama YBhg. Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dan rombongan. Turut serta dalam lawatan ini adalah YB Tuan Riduan bin Rubin, Ahli Parlimen P.181 Tenom. Turut hadir pada lawatan berkenaan adalah Pegawai Daerah Tenom Encik Alexander Liew dan jabatan/agensi berkaitan.