Majlis Amanat Yang Berhormat Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat telah diadakan di Hotel Shangrila, Tanjung Aru. Majlis ini telah dihadiri oleh Setiausaha Tetap KWKKR, Datuk Maria Chong dan pegawai-pegawai kanan dan seluruh anggota KWKKR. Turut hadir adalah anggota jabatan/agensi KWKKR dan Lima (5) kementerian/jabatan/agensi Persekutuan. Pada majlis amanat ini, YBM Menteri KWKKR telah melancarkan visi dan misi yang baharu untuk lima (5) tahun bermula 2026 hingga tahun 2030. Visi ini menetapkan halatuju dan peranan KWKKR sebagai organisasi peneraju perkhidmatan sosial di Negeri Sabah yang bukan sahaja pemberi bantuan semata-mata tetapi juga secara lebih fokus mencorak masyarakat khususnya golongan rentan.