Program Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sabah telah diadakan di Dewan Terbuka Matunggong. Program telah dirasmikan oleh Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah iaitu Yang Berhormat Datuk Julita Majungki. Program turut dihadiri oleh Ketua Pengarah LPPKN Dato' Abdul Shukur Abdullah serta Setiausaha Tetap Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Maria Chong.