Retreat Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) telah diadakan pada 18 hingga 20 Januari 2026 bertempat di Hotel Perkasa, Kundasang. Objektif utama retreat ini diadakan adalah untuk membincangkan dan memperhalusi halatuju kementerian pada tahun 2026 dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) terutamanya inisiatif-inisiatif serta program-program bagi memantapkan lagi kesejahteraan rakyat di Negeri Sabah.
Retreat ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Julita Mojungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR), Pembantu Menteri KWKKR, YB Datuk Rina Jainal, Setiausaha Tetap KWKKR, YBhg. Datuk Maria Chong, pegawai-pegawai kanan kementerian dan ketua-ketua/wakil-wakil jabatan/agensi seperti berikut:
Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA)
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS)
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Retreat ini turut menampilkan sesi ceramah khas Profesor Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul dari Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) yang telah menyentuh perkara-perkara berkaitan pembangunan wanita termasuk aspek pemerkasaan ekonomi, peningkatan kapasiti kepimpinan, pendidikan dan kesejahteraan keluarga.