Kunjungan Hormat Sekretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri yang diketuai oleh Datuk Haji Datu Rosmadi Datu Sulai, JP Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya kepada Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR), YB Datuk Julita Mojungki, berkaitan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (2026–2030). Hadir bersama adalah YBhg. Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) serta pegawai-pegawai kanan kementerian. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr William Gotulis juga turut hadir pada sesi kunjungan hormat ini.